Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang
tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk
semuanya...
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi
wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,
tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita
yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi
di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun
mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu
juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib
dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai
mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun
mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di
badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat
mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”