Libido Merundum Punca Seks Tidak Puas

 “Emmm penat la sayang, nanti-nantilah boleh?” Hampir menjangkau umur setengah abad, si suami sudah mula mengelak malah makin bijak mencari alasan melengahkannya. Jika tidak dibendung dari awal, dikhuatiri akan menjejaskan rumah tangga. Masalah ini ada kaitannya dengan masalah penurunan libido atau semakin kurung keinginan terhadap seks.

7 PUNCA KEINGINAN SEKS MERUNDUM
Seks itu penting. Bukan sahaja menyihatkan, malah ia mujarab bagi memastikan kelangsungan sebuah perhubungan terjamin. Berdasarkan pemerhatian, terdapat pelbagai punca keinginan seks seseorang menurun dengan mendadak.

1. KEPAYAHAN HIDUP
Semakin kita mengenjak ke usia tua, semakin banyaklah tanggungjawab yang harus dipikul. Antara kerjaya, anak-anak, persahabatan, keluarga dan perhatian untuk diri sendiri, rutin seks bukanlah satu keutamaan di dalam senarai aktiviti anda. Apabila anda punya masa terluang, anda akan lebih rela untuk berehat.

2. TEKANAN DAN KERESAHAN
Apabila kita sering mengalami tekanan emosi akibat daripada pelbagai faktor seperti bebanan kerjaya, isu keluarga serta masalah ekonomi, seks pastinya perkara terakhir yang anda ingin lakukan. Tiada kepuasan yang akan dikecap sekiranya aktiviti seks diteruskan.


3. JEMU
Tiada siapa yang mungkin terlepas daripada masalah jemu dan bosan. Walaupun sudah melayari bahtera perkahwinan lebih dari 20 tahun, pastinya setiap genap dan pelosok tubuh isteri sudah dijelajahi. Apa lagi yang tinggal untuk anda?.

4. MASALAH PERHUBUNGAN
Setiap perhubungan pastinya akan ada pasang surutnya. Konflik dan isu yang melanda tidak diminta tetapi pastinya akan menerpa. Apabila tiada jalan penyelesaian yang ditemui, masing-masing akan bermasam muka lantas melemahkan keinginan untuk bersetubuh.

5. BODY ISSUE
Isu mengenai kondisi tubuh badan sering kali mewujudkan dilema baik lelaki mahupun wanita. Perut buncit, paha besar, buah dada tidak menawan dan sebagainya adalah antara ‘aduanaduan’ yang biasa didengari. Apabila anda tidak yakin dan berprasangka negatif dengan tubuh badan, pastinya anda akan mengelak untuk melakukannya.

6. PENUAAN
Aspek penuaan tidak mungkin boleh dihindari. Umur yang lanjut sering kali mengundang pelbagai perspektif yang tidak diingini dalam kehidupan terutamanya daripada aspek tubuh badan dan emosi.
Penurunan jisim tulang, sakit-sakit sendi, selera menurun, gangguan tidur, kemurungan adalah sebab-sebab utama. Malah keinginan seks juga akan hilang apabila pengeluaran hormon testosteron semakin menurun.

7. UBAT-UBATAN
Ubat-ubatan tidak semestinya menyelamatkan. Sekiranya tidak diambil dengan kaedah dan kadar yang betul, ia boleh memudaratkan. Ramai yang beralih ke alternatif mudah seperti mengambil pelbagai pil untuk mengembalikan nafsu (sex drive) anda.

5 LANGKAH MEMUNCAKKAN LIBIDO
Nafsu seks dalam kehidupan seorang lelaki secara amnya bermula sekitar akal baligh dan akan kekal sehingga ke tahun-tahun berikutnya. Namun apabila masa berganti masa, dan di kala umur semakin meningkat, pastinya ia akan menurun jua.
Walaupun tiada rawatan saintifik dapat mengembalikannya, namun ada cara yang boleh diambil. Ikuti 5 langkah mujarab kembalikan libido anda yang disenaraikan ini.

GET IN SHAPE
Dapatkan bentuk badan yang ideal. Berdasarkan kajian dari Martika Heaner daripada MSN Health and Fitness, keyakinan diri akan mudah diperoleh secara psikologi apabila anda aktif dan mengekalkan kecergasan.
Sasarkan matlamat anda dan cuba untuk memenuhinya. Contoh, untuk dapatkan 6 pax, berat badan yang ideal, hilangkan perut buncit dan lain-lain. Apabila anda berjaya, secara tidak langsung anda akan berasa lebih yakin dan seksi.

DIET DAN PERMAKANAN
Diet yang seimbang mainkan peranan penting. Berdasarkan Journal of American Medical Association, kandungan zink dan vitamin B yang tinggi di dalam senarai diet seharian anda boleh membantu. Testosteron merupakan hormon seks lelaki. Jika ia rendah, begitu juga nafsu seks anda.
Salah satu cara untuk meningkatkannya ialah dengan makan makanan yang tinggi khasiat zinknya. Antaranya ialah tiram, pisang, beri hitam dan avokado.

HILANGKAN TEKANAN
Lemparkan kebimbangan anda sejauh mungkin!. Tekanan dan kerisauan yang berterusan hanya akan menyebabkan nafsu ghairah seks berkurangan. Ambil masa, pergilah bercuti dan lakukan aktiviti yang bisa membuatkan anda kembali seronok, atau amalkan aktiviti senaman ringan seperti yoga, tai chi, aerobik, meditasi dan lainlain. Ia bukan sahaja menyihatkan malah mengembalikan mood anda.

AMBIL UBATAN YANG DISARANKAN SAHAJA
Pengambilan ubat-ubatan ada kalanya boleh membantu namun tidak semuanya. Oleh itu, anda perlulah sentiasa berhati-hati dengan ubat (medication) yang diambil. Selain ubat-ubatan moden, antara yang berkesan mengembalikan ghairah seks anda ialah memakan pelbagai herba berkhasiat. Antaranya Tongkat Ali, ginseng, maca, tribulus errestris serta makanan tambahan lelaki.

TIDUR YANG MENCUKUPI
Ya, tidur yang mencukupi mampu meningkatkan semula libido anda. Sekiranya anda mendapatkan tidur yang mencukupi, keselesaan akan anda rasai bukan sahaja dalam sistem ketahanan tubuh badan malah juga emosi dan perasaan.
Kajian daripada laman sesawang livestrong.com, 65% orang lelaki mengakui tidur yang mencukupi (8 jam sehari) dapat meredakan tekanan malah selepas mereka bangun, mereka akan mudah terangsang untuk melakukan seks.

0 comments:

Post a Comment