Mungkin ramai yang masih samar tentang definisi sebenar orgasma. Apa
yang diketahui ia berkait rapat dengan aktiviti seks tetapi apakah
proses yang berlaku ketika itu ramai yang tidak punya info tentang perkara itu?
Kebanyakan suami gemar mengambil jalan mudah dengan membuat tanggapan
sendiri. Kata mereka, apabila ejakulasi berlaku ketika hubungan seks
berlangsung bermakna mereka sudah sampai ke tahap orgasma. Sebenarnya,
teori tersebut salah sama sekali.Orgasma berlaku apabila otot-otot di
bahagian punggung dan lain-lain kawasan di tubuh mengecut secara
tiba-tiba.
Dalam masa yang sama, ia melepaskan ketegangan
seksual yang terkumpul disusuli pula dengan sensasi mental yang
mengiringi perasaan tersebut. Sementara itu, ejakulasi adalah proses
pemancutan air mani dan tidak boleh dikelaskan bersama orgasma. Bagi
lelaki, ejakulasi sudah cukup memuaskan kehendak seksual tetapi berbeza
dengan wanita. Banyak proses yang perlu dilalui untuk membuatkan wanita
puas tatkala berasmara malah pengalaman yang dikecapi pun tidak sama.
Hakikatnya, banyak factor yang mendorong ke arah kegagalan nikmat
persetubuhan di mana rata-rata suami masih samar sama ada pasangannya
sudah mengalami orgasma atau tidak. Mudah cerita, kesimpulan sendiri
dilakukan apabila berlakunya ejakulasi. Ketahuilah, apabila tanda-tanda
berikut berlaku kepada pasangan maka sebenarnya, anda telah berjaya
menemui ‘kunci’ rangsangan dalam hubungan asmara. Antara 6 Tanda Isteri
Puas Seks Bersama Suami Di Ranjang ialah :
1. Keluar suara meneran yang agak kuat dan berlaku secara spontan
2. Badan menjadi tegang
3. Tubuh menjadi gementar
4. Nafas isteri kencang dengan tiba-tiba
5. Kaki dan tangan merangkul tubuh suami dengan erat
6. Di peringkat kemuncak, isteri akan berasa seluruh tubuhnya kaku
(seolah-olah tidak sedarkan diri) kerana 99 bahagian nafsunya sudah
menguasai diri.
Setelah suami menemui kesemua perkara ini pada
pasangan maka mereka perlu beralih ke peringkat seterusnya. Telah
dinyatakan tadi bahawa wanita lambat terangsang dan kerana itulah mereka
perlukan sedikit masa untuk mengendurkan semula otot-otot yang tegang.
Agak menyedihkan apabila segelintir suami yang mementingkan diri
sendiri dengan meninggalkan isteri begitu sahaja selepas hubungan intim
selesai. Kebiasaannya, wanita mengambil masa paling kurang lima belas
minit untuk kembali normal dan suami sepatutnya menggunakan masa
berkenaan untuk terus merangsang isteri sama ada dengan ciuman, belaian
atau cukup dengan ucapan terima kasih yang romantik.
Peranan suami selepas orgasma
Sedarlah bahawa isteri adalah tempat untuk berkongsi segalanya. Suka
duka, kasih sayang, rindu dendam dan macam-macam lagi. Kata-kata pujian
dan belaian amat didambakan kerana itulah fitrah wanita. Oleh itulah,
selesai ‘bersama’, suami tidak patut meninggalkan isteri begitu sahaja
sebaliknya lakukan perkara-perkara berikut :
1. Hadiahkan kucupan di dahinya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
2. Dakap isteri dengan mesra
3. Elakkan dari terus mengalihkan badan ke arah lain sebaliknya kekallah berbaring dalam posisi menghadap isteri.
4. Setelah suasana kembali tenang, ambil kesempatan untuk menasihati
isteri mengenai perkara-perkara yang tidak ‘enak’ di mata suami dengan
cara yang paling baik
5. Gunakan kain tuala untuk mengelap peluh
yang mengalir di dahi isteri. Tindakan sebegini memberi makna bahawa
anda sangat prihatin dan sayang padanya
6. Sambil berbicara, belai tubuh isteri dengan penuh kasih sayang.
Perkongsian khas untuk suami isteri menceritakan isu seks dalam rumahtangga.Ruangan ini tidak sesuai untuk mereka yang belum berkhawin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Subscription
Search this blog
Popular Posts
-
100% HERBA BUATAN TEMPATAN(DIJAMIN!!!) Satu cara mudah dan selamat untuk menghentikan Pancutan Pramatang (premature ejaculation) - ...
-
DUA tiga kali saya berfikir untuk menulis isu ini kerana ia sensitif bagi sesetengah orang. Namun, saya percaya semua boleh bersetuju bahaw...
-
Hubungan suami isteri tidak lari dari hubungan seks. Mengikut pandangan pakar, sebaiknya setiap pasangan mengadakan hubungan seks 3 kali ...
-
Mungkin ramai yang masih samar tentang definisi sebenar orgasma. Apa yang diketahui ia berkait rapat dengan aktiviti seks tetapi apakah ...
-
Wanita ada kalanya mudah membiarkan perasaan malu menyelubungi diri saat berhajat untuk melakukan hubungan seksual. Ada kalany...
-
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya... ...
-
“Emmm penat la sayang, nanti-nantilah boleh?” Hampir menjangkau umur setengah abad, si suami sudah mula mengelak malah makin bijak mencari...
-
Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perk...
-
Selain emosi yang stabil, tubuh badan antara elemen penting dalam mengukuhkan hubungan seksual antara anda dan pasangan. Setiap per...
-
Kali ini saya hendak berkongsi cerita isteri tidak puas diranjang kepada anda semua.Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal d...
Powered by Blogger.







0 comments:
Post a Comment