Terpaksa guna ubat perangsang
Kemelut dalam rumah tangga terutama melibatkan faktor seksual menjadi
dilema utama pasangan untuk menanganinya kerana masih dianggap tidak
manis memperkatakannya secara terbuka.
Masalah ‘dingin’ seksual seperti mengalami lemah tenaga batin atau
terus ‘mati pucuk’ sering kali membawa kepada konflik perhubungan antara
suami dan isteri.
Perasaan malu untuk mendapatkan rujukan pakar perubatan moden membawa
kepada pilihan untuk mendapatkan rawatan tradisional atau lebih mudah
membeli ubat perangsang yang hangat di pasaran.
Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Azri, berusia 31 tahun dari
Raub ketika mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihannya.
Namun, baru sahaja menjejaki alam perkahwinan, dilema awal muncul
apabila dia gagal memenuhi tanggungjawab dalam memberikan kepuasan batin
kepada isterinya.
Setiap kali ingin bersama, perasaan rendah diri sering bertandang
bimbang akan ‘kalah’ lebih awal sekiranya berdepan pasangannya.
“Saya menyedari kekurangan ini (lemah tenaga batin) sejak dari bujang
lagi tetapi tidak terlalu memikirkannya secara serius kerana menganggap
mungkin saya penat bekerja seharian.
“Tetapi masalah timbul ketika hendak ‘bersama’ apabila saya gagal
memberi persembahan terbaik, sebaliknya mengecewakan pasangan,” katanya.
Malu jumpa doktor
Permasalahan yang timbul mendatangkan tekanan kepada kedua belah pihak
dan Azri memberitahu tidak pernah putus asa untuk berubat secara
tradisional.
Berdasarkan saranan kawan rapatnya, Azri beberapa kali mendapatkan rawatan tradisional daripada tukang urut tempatan.
“Beberapa kali saya mencuba kaedah rawatan tradisional dan mengikuti
pantang larang yang disarankan, tetapi tetap tidak membawa hasil yang
baik.
“Perasaan malu juga sangat menebal dalam diri untuk bertemu doktor bagi
membincangkan perkara ini memandangkan pada usia seperti saya
seharusnya tidak berhadapan masalah lemah tenaga batin,” kata Azri.
Usia perkahwinan menginjak satu tahun, Azri tidak putus-putus berusaha termasuk mendapatkan pandangan rakan.
“Saya dan isteri cukup tertekan apabila ramai orang sekeliling bertanya bila kami akan menimang cahaya mata.
“Tidak tergamak untuk membuka pekung di dada menceritakan kegagalan
proses ‘bersama’ yang pasti tidak akan berpeluang untuk mendapat anak,”
katanya.
Azri berkata, pertengkaran dengan isteri juga sering terjadi hanya
berpunca daripada hal remeh sahaja berikutan tidak tertanggung tekanan
dihadapi berkaitan masalah batin yang dideritainya.
Katanya, ada juga beberapa kawan yang syorkan penggunaan ubat
perangsang daripada herba buatan tradisional dan sebahagiannya
menunjukkan keserasian.
“Pernah saya dapatkan bekalan daripada rakan yang jauh lebih berusia
daripada saya, harga dua kapsul lebih kurang RM10 dan saya tidak jangka
ia memberi tindak balas memuaskan.
“Tetapi tidak selamanya saya bergantung kepada rakan dan perasaan malu
juga masih menebal untuk terus mendapatkan bekalan daripadanya,” kata
Azri.
Beli Online di pasaran
Sebagai alternatif, Azri mendapatkan pelbagai jenis ubat perangsang
yang dijual secara online sahaja tanpa perlu berasa malu kerana tidak
perlu berhadapan secara terus dengan penjual.
Menurutnya, dia akan mendapatkan pengetahuan lebih mendalam tentang
setiap produk terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk
memesannya.
“Saya dapatkan bekalan seperti kapsul, pil, jamu, minyak dan losyen yang memberi kesan positif sepanjang penggunaan.
“Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkau hampir empat tahun,
hubungan suami isteri bertambah baik tetapi kami masih belum dikurniakan
zuriat,” kata Azri mengakhiri perbualan.http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/fokus-ubat-kuat-azri-berusaha-demi-isteri-1.92324
Perkongsian khas untuk suami isteri menceritakan isu seks dalam rumahtangga.Ruangan ini tidak sesuai untuk mereka yang belum berkhawin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Subscription
Search this blog
Popular Posts
-
100% HERBA BUATAN TEMPATAN(DIJAMIN!!!) Satu cara mudah dan selamat untuk menghentikan Pancutan Pramatang (premature ejaculation) - ...
-
DUA tiga kali saya berfikir untuk menulis isu ini kerana ia sensitif bagi sesetengah orang. Namun, saya percaya semua boleh bersetuju bahaw...
-
Hubungan suami isteri tidak lari dari hubungan seks. Mengikut pandangan pakar, sebaiknya setiap pasangan mengadakan hubungan seks 3 kali ...
-
Mungkin ramai yang masih samar tentang definisi sebenar orgasma. Apa yang diketahui ia berkait rapat dengan aktiviti seks tetapi apakah ...
-
Wanita ada kalanya mudah membiarkan perasaan malu menyelubungi diri saat berhajat untuk melakukan hubungan seksual. Ada kalany...
-
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya... ...
-
“Emmm penat la sayang, nanti-nantilah boleh?” Hampir menjangkau umur setengah abad, si suami sudah mula mengelak malah makin bijak mencari...
-
Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perk...
-
Selain emosi yang stabil, tubuh badan antara elemen penting dalam mengukuhkan hubungan seksual antara anda dan pasangan. Setiap per...
-
Kali ini saya hendak berkongsi cerita isteri tidak puas diranjang kepada anda semua.Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal d...
Powered by Blogger.







0 comments:
Post a Comment